Misi Produk

JOOOMM...Berhijrah Kepada Makanan Sunnah.! HIDUP SIHAT DAN BERTENAGA DENGAN SUNNAH!

Cubalah keberkesanan MINYAK DARA SAUDACARE kami yang diproses dari perahan pertama menggunakan ORGANIC COLD PRESS serta dikawal mutu pengeluarannya.

Didalam keadaan zaman dimana manusia mudah diserang pelbagai wabak sekarang, maka perlulah kita mengambil langkah pencegahan yang sesuai dimana cara paling mudah adalah dengan mengikut apa yang nabi kita s.a.w. anjurkan didalam hadisnya.

ALTERNATIF PENAWAR?

Berita Terkini dibawah dari Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1)|Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyebaran Virus H1N1 bukan makin berkurangan malah semakin bertambah. Adakah peristiwa pada 1918-1920 yang mengorbankan lebih berjuta orang akan berulang?

Seluruh dunia sebenarnya sedang mencari penawar untuk selsema babi ini. Negara-negara kuasa besar seperti USA, Britain dan Jepun telah mengerahkan saintis mereka untuk mengkaji jenis-jenis ubat untuk penawar penyakit ini.

Kita beruntung kerana sebagai orang Islam, kita mempunyai Nabi yang boleh kita percayai dengan kukuh dan sudah tentu apa sahaja yang dikatakannya adalah datang dari yang maha Esa dan sudah tentu kita mesti percayai dengan yakin dan boleh diguna pakai.

Ada banyak hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda dan yang paling masyhur ialah yang diriwayatkan dalam kitab Sahih al-Bukhari seperti yang bermaksud: "Sesungguhnya Habbatus Sauda ini adalah penawar segala penyakit kecuali kematian."

Mencegah lebih baik daripada merawat. Kenapa kita tidak bersedia dari sekarang? Berdasar kepada keyakinan Hadis Nabi ini insyaAllah pengamalan Minyak Dara Saudacare boleh menjadi penawar kepadaselsema babi kecuali bagi mereka yang memang telah ditakdirkan dijangkiti selsema babi. Cara pengamalan yang terbaik adalah dengan Basmallah, Selawat dan Niat dilindungi oleh Allah dari wabak penyakit. Insyallah dengan izin Allah kita dan keluarga akan dihindari dari wabak yang sangat menakutkan ini dan mendapat berkat kerana mengamalkanSunnah Nabi.

Minyak Dara Saudacare merupakan produk yang berasaskan Habbatus Sauda 100% yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang telah diperakui akan kebaikannya zaman-berzaman lamanya. Ianya juga adalah keluaran produk Muslim dari Malaysia.

Semenjak tahun 1959, lebih dari 200 kajian telah dijalankan oleh Universiti-universiti antarabangsa dan artikel-artikel diterbitkan dalam pelbagai journal menunjukkan hasil yang menakjubkan menyokong Habbatus Sauda’ telah digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 5000 tahun dahulu sebelum Masihi lagi. Ia disebut dalam kitab-kitab perubatan karangan Ibnu Sina(Avicenna), Al-Antiki, Ibnu Qayyim al-Jauziy dan Khatib Al-Baghdadi.

Sebagai Herba Tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu, Habbatus Sauda’ digunakan untuk mengatasi pebagai masalah dan keadaan dan peawatan yang bersangkutan dengan sistem pernafasan, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan hati, sistem darah, sistem pertahanan badan, dan memulihkan kesihatan am.


Berbagai kajian memberikan bukti bahawa Habbatus Sauda’ meningkatkan sistem pertahanan badan jika digunakan sepanjang waktu. Di negara-negara Timur Tengah dan Timur Jauh selama berabad-abad menggunakan Habbatus Sauda’untuk merawati penyakit ringan termasuk asthma dan bronchitis, rheumatism dan radang/inflammasi, meningkatkan produksi susu ibu selepas bersalin, merawat gangguan penghadaman, membantu menjaga sistem pertahanan badan, meningkatkan kemampuan penghadaman dan pembuangan, dan melawan penyakit jangkitan parasit. Minyaknya digunakan untuk penyakit kulit seperti eczema, dan atopic dermatitis, psoriasis dan jerawat.

Berikut adalah di antara kegunaan-kegunaan tradisi Habbatus Sauda’:-

  • Batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama
  • Resdung (sinusitis)
  • Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma.
  • Sakit jantung, darah gemuruh
  • Darah tinggi (hypertension)
  • Luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver)
  • Batu hempedu, batu karang. (gall bladder stone, calculus)
  • Sakit buah pinggang (renal problem)
  • Gout
  • Kencing manis (diabetis)
  • Luka-luka di dalam mulut
  • Sakit tengkuk
  • Tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau
  • Pedih di ulu hati
  • Gastric, luka-luka dalam perut (ulcer)
  • Buasir (hemorrhoid), masalah penghadaman.
  • Alahan dan gatal-gatal
  • Sakit gigi
  • Cacing, parasit
  • Migraine, masalah imsomia (tidak boleh tidur)
  • Selepas bersalin (menambah susu ibu)
  • Awet muda dan menegangkan kulit
  • Mencantikkan kulit, kuku
  • Masalah kesuburan perempuan
  • Senggugut
  • Masalah tenaga batin lelaki (urutan pada Zakar setiap hari)

Sungguh banyak manfaat kesihatan yang boleh didapati dari Habbutus Sauda’ ini sehingga tidak hairan apabila ia popular disebut “The Seed of Blessing”/ “Habbatul Barakah” , yang ertinya ” Biji-bijian yang mengandungi berkat


>

SEJARAH





Sejak bila Habbatus Sauda' digunakan sebagai ubat dan penawar tidak dapat diketahui dengan tepat. Ini adalah kerana ia telah sangat lama digunakan semenjak zaman awal permulaan tamaddun lagi. Bukti-bukti arkeologi menunjukkan ia telah mencapai kemasyhuran semenjak tamaddun awal sejarah manusia lagi.

Rujukan bertulis paling awal yang ada ialah dalam kitab Taurat Perjanjian Lama (The Old Testament - Isaiah 28). Di dalamnya ada tertulis mengenai cara-cara penuaian Habbatus Sauda':
for the black cumin is not threshed with a threshing sledge, nor is a cart wheel rolled over the cumin, but the black cumin is beaten out with a stick, and the cumin with a rod. (Isaiah 28:25,27 NKJV New King James Version).
Oleh itu boleh disimpulkan bahawa kaum Bani Israel telah lama mengetahui tentang khasiat dan kegunaan Habbatus Sauda'. Kepentingan Habbatus Sauda' jelas apabila ia telah dijadikan tanaman pertanian pada zaman mereka lagi.

Malah lebih awal dari zaman Bani Israel ialah Tamaddun Mesir dan Yunani Purba yang telah mengetahui kehebatan dan khasiatnya sejak lebih 5,000 tahun lalu. Pada zaman purba itu, raja-raja Yunani dikubur bersama dengan Habbatus Sauda', kerana ia boleh berfungsi mengawetkan mayat. Raja-raja pada masa itu pasti sangat berhati-hati dalam menggunakan tanaman dan herba yang terbaik sebagai ubat.

LEBIH BERNILAI DARI EMAS PERMATA, SIMPANAN DI MUZIUM KAHIRAH.

Hari ini jika kita melawat Muzium di Kahirah, kita masih boleh menyaksikan bekas minyak Habbatus Sauda' yang dijumpai dalam kubur Fir'aun muda Tutankhamen. Ini adalah bukti kehebatan Habbatus Sauda' yang boleh bertahan selama 3000 tahun tanpa rosak dan binasa.

Pakar-pakar perubatan moden juga dimasa ini berminat untuk mengkaji kaedah perubatan zaman Fir'aun ini. Mengikut kajian-kajian awal, sistem perubatan mereka mempunyai banyak persamaan dengan sistem perubatan moden. Memang benar, khazanah herba tinggalan yang lebih bernilai dari emas.


PENGASAS PERUBATAN MODEN HIPPOCRATES



Hippocrates, Ahli Perubatan Yunani Kuno, yang dianggap sebagai pengasas perubatan moden masakini. Dia telah menggariskan kaedah dan prinsip yang masih lagi digunapakai oleh perubatan moden masakini begitulah sumbangan besar tokoh ini. Hari ini setiap doktor mestilah mengangkat sumpah Hippocrates, sebelum dapat mengamalkan perubatan (medical practice). Hippocrates menyarankan penggunaaan Habbatus Sauda' untukmengembalikan kecergasan, tenaga dan kesegaran serta mengatasi kelelahan tubuh dan mental.


CLEOPATRA RATU JELITA ZAMAN PURBA


Cleopatra, Ratu Mesir di zaman Mark Anthony yang dikatakan mempunyai wajah yang sangat jelita, merawat kecantikan tubuhnya dengan cara mencampurkan minyak Habbatus Sauda' dalam susu untuk mandi.

Begitu juga dengan Ratu Nefertiti yang diketahui menggunakan Habbatus Sauda' untuk merawat kecantikan. Nefertiti juga terkenal sebagai seorang ratu yang sangat cantik serta anggun. Patung ukiran wajah nefertiti masih lagi wujud tersimpan dalam Muzium Kahirah.


KANUN PERUBATAN IBNU SINA (BAPA PERUBATAN ISLAM)


Ibnu Sina ( 980 - 1037 ), dengan karya terbesarnya Qanun fi Tibb (The Canon of Medicine) yang paling terkenal dalam ilmu perubatan Timur & Barat menyatakan Habbatus Sauda' merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. Ibnu Sina bukan sahaja penyambung kaedah Perubatan Yunani yang dipelopori oleh Hippocates, malah dia telah berjasa dalam memperbaiki lagi kaedah ini.


Dalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) mengatakan
bahawa Habbatus Sauda' adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga badan dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan.
Dalam sistem perubatan di Greco-Arab/Unani-Tibb, yang berasal dari Hippocrates, Galen dan Ibnu Sina, Habbatus Sauda' merupakan penyembuh yang sangat bernilai dalam mengubati masalah sistem penghadaman dan masalah hati (liver hepatic) yang dianggap pada masa itu disebabkan oleh ketidakseimbangan humor. Humor adalah 4 unsur yang menjadi asas kepada prinsip perubatan yunani kuno ( 4 unsur darah, kahak, cecair hempedu kuning, dan cecair hempedu hitam). Ini ialah prinsip asas perubatan Hippocrates yang dikatakan bapa perubatan moden itu. Walau bagaimana pun prinsip ini telah dibuktikan kesilapan dan kesalahannya oleh sains perubatan moden. Antara prinsip yang masih digunapakai hingga kini ialah kaedah clinical diagnosis (pemeriksaan tanda-tanda dan symptom untuk mencari punca dan sebab penyakit) dan perawatannya.

Ibnu Sina (980-1037), dalam karya terbesarnya "The Canon of Medicine", yang dianggap banyak orang sebagai buku paling terkenal di dunia perubatan, baik di Timur atau di Barat,
menyatakan Habbatus Sauda' bermenfaat "meransang tenaga dalam badan dan membantu penyembuhan dari kelelahan atau kurang semangat.

>