Misi Produk

JOOOMM...Berhijrah Kepada Makanan Sunnah.! HIDUP SIHAT DAN BERTENAGA DENGAN SUNNAH!

Cubalah keberkesanan MINYAK DARA SAUDACARE kami yang diproses dari perahan pertama menggunakan ORGANIC COLD PRESS serta dikawal mutu pengeluarannya.

Didalam keadaan zaman dimana manusia mudah diserang pelbagai wabak sekarang, maka perlulah kita mengambil langkah pencegahan yang sesuai dimana cara paling mudah adalah dengan mengikut apa yang nabi kita s.a.w. anjurkan didalam hadisnya.

ALTERNATIF PENAWAR?

Berita Terkini dibawah dari Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1)|Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyebaran Virus H1N1 bukan makin berkurangan malah semakin bertambah. Adakah peristiwa pada 1918-1920 yang mengorbankan lebih berjuta orang akan berulang?

Seluruh dunia sebenarnya sedang mencari penawar untuk selsema babi ini. Negara-negara kuasa besar seperti USA, Britain dan Jepun telah mengerahkan saintis mereka untuk mengkaji jenis-jenis ubat untuk penawar penyakit ini.

Kita beruntung kerana sebagai orang Islam, kita mempunyai Nabi yang boleh kita percayai dengan kukuh dan sudah tentu apa sahaja yang dikatakannya adalah datang dari yang maha Esa dan sudah tentu kita mesti percayai dengan yakin dan boleh diguna pakai.

Ada banyak hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda dan yang paling masyhur ialah yang diriwayatkan dalam kitab Sahih al-Bukhari seperti yang bermaksud: "Sesungguhnya Habbatus Sauda ini adalah penawar segala penyakit kecuali kematian."

Mencegah lebih baik daripada merawat. Kenapa kita tidak bersedia dari sekarang? Berdasar kepada keyakinan Hadis Nabi ini insyaAllah pengamalan Minyak Dara Saudacare boleh menjadi penawar kepadaselsema babi kecuali bagi mereka yang memang telah ditakdirkan dijangkiti selsema babi. Cara pengamalan yang terbaik adalah dengan Basmallah, Selawat dan Niat dilindungi oleh Allah dari wabak penyakit. Insyallah dengan izin Allah kita dan keluarga akan dihindari dari wabak yang sangat menakutkan ini dan mendapat berkat kerana mengamalkanSunnah Nabi.

Minyak Dara Saudacare merupakan produk yang berasaskan Habbatus Sauda 100% yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang telah diperakui akan kebaikannya zaman-berzaman lamanya. Ianya juga adalah keluaran produk Muslim dari Malaysia.

Semenjak tahun 1959, lebih dari 200 kajian telah dijalankan oleh Universiti-universiti antarabangsa dan artikel-artikel diterbitkan dalam pelbagai journal menunjukkan hasil yang menakjubkan menyokong Habbatus Sauda’ telah digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 5000 tahun dahulu sebelum Masihi lagi. Ia disebut dalam kitab-kitab perubatan karangan Ibnu Sina(Avicenna), Al-Antiki, Ibnu Qayyim al-Jauziy dan Khatib Al-Baghdadi.

Sebagai Herba Tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu, Habbatus Sauda’ digunakan untuk mengatasi pebagai masalah dan keadaan dan peawatan yang bersangkutan dengan sistem pernafasan, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan hati, sistem darah, sistem pertahanan badan, dan memulihkan kesihatan am.


Berbagai kajian memberikan bukti bahawa Habbatus Sauda’ meningkatkan sistem pertahanan badan jika digunakan sepanjang waktu. Di negara-negara Timur Tengah dan Timur Jauh selama berabad-abad menggunakan Habbatus Sauda’untuk merawati penyakit ringan termasuk asthma dan bronchitis, rheumatism dan radang/inflammasi, meningkatkan produksi susu ibu selepas bersalin, merawat gangguan penghadaman, membantu menjaga sistem pertahanan badan, meningkatkan kemampuan penghadaman dan pembuangan, dan melawan penyakit jangkitan parasit. Minyaknya digunakan untuk penyakit kulit seperti eczema, dan atopic dermatitis, psoriasis dan jerawat.

Berikut adalah di antara kegunaan-kegunaan tradisi Habbatus Sauda’:-

  • Batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama
  • Resdung (sinusitis)
  • Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma.
  • Sakit jantung, darah gemuruh
  • Darah tinggi (hypertension)
  • Luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver)
  • Batu hempedu, batu karang. (gall bladder stone, calculus)
  • Sakit buah pinggang (renal problem)
  • Gout
  • Kencing manis (diabetis)
  • Luka-luka di dalam mulut
  • Sakit tengkuk
  • Tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau
  • Pedih di ulu hati
  • Gastric, luka-luka dalam perut (ulcer)
  • Buasir (hemorrhoid), masalah penghadaman.
  • Alahan dan gatal-gatal
  • Sakit gigi
  • Cacing, parasit
  • Migraine, masalah imsomia (tidak boleh tidur)
  • Selepas bersalin (menambah susu ibu)
  • Awet muda dan menegangkan kulit
  • Mencantikkan kulit, kuku
  • Masalah kesuburan perempuan
  • Senggugut
  • Masalah tenaga batin lelaki (urutan pada Zakar setiap hari)

Sungguh banyak manfaat kesihatan yang boleh didapati dari Habbutus Sauda’ ini sehingga tidak hairan apabila ia popular disebut “The Seed of Blessing”/ “Habbatul Barakah” , yang ertinya ” Biji-bijian yang mengandungi berkat


>

Hadith Nabi S.A.W



Apa maksud ‘tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’?
1.       Mengikut pendapat ahli ilmu dan ahli bahasa Arab, ia bermakna hendaklah melazimkan pengambilan dan penggunaan Habbatus Sauda’ berterusan selama yang termampu. Dengan lain perkataan ia hendaklah menjadi sebahagian dari kehidupan harian selagi termampu.
2.      Juga tidak dinyatakan dalam hadith ini supaya ambilHabbatus Sauda’ hanya apabila sakit, oleh kerana itu orang yang sihat juga boleh berterusan mengambil Habbatus Sauda’ untuk menjaga kesihatan dan juga supaya dapat mencegah penyakit yang mungkin akan menimpanya.
3.      Untuk memudahkan pengambilan Habbatus Sauda’ ini secara berterusan, ia juga boleh diambil secara bersendirian mentah (bijinya), minyak perahannya, atau dicampur dengan bahan-bahan lain seperti madu atau minyak zaitun atau dalam masakan dan minuman.

Apakah makna ‘penawar bagi segala penyakit’?
1.       Ibn al-Qayyim telah menukilkan dalam kitabnya ‘al-Tibb al-Nabawi’ bahawa makna perkataan ‘kulli’ (semua/segala) adalah seperti tafsir kepada ayat: yang menghancurkan ’segala’ sesuatu dengan perintah Tuhannya. Yakni angin itu memusnahkan segala manusia dan rumah-rumah kediaman tetapi ia tidak memusnahkan gunung-ganang, sungai-sungai, matahari dan bulan. Ini adalah lafaz ‘am yang bermaksud khusus. Ini ialah termasuk dalam ilmu ‘balaghah’ dalam bahasa Arab.
2.      Dari maksud yang yang sama penawar ’segala’ penyakit itu bermakna yang boleh menawar banyak penyakit (dan tidak menghalang dari merawat penyakit dengan lain-lain ubat) kecuali penyakit yang ditakdirkan membawa kematian. Itulah maksud ‘illa al-Sam’.
3.      Hadith ini juga memberi isyarat kepada umat Islam supaya membuat kajian dan selidikan tentang rahsia penawarHabbatus Sauda’. Maka ini bermakna telah menjadi tanggungjawab kepada saintis-saintis supaya menggali rahsia perubatan Habbatus Sauda’ ini dan kemudian mengemukannya kepada dunia supaya dapat menolong manusia dalam usaha mengurangkan penderitaan akibat penyakit.

Kajian hendaklah mengikut tujuan berikut:
·         mengenalpasti kandungan-kandungan dalam Habbatus Sauda’
·         mengenalpasti bahan-bahan aktif yang boleh menyembuhkan penyakit.
·         mengenalpasti bahan-bahan dan kombinasi bahan-bahan yang menyebabkan penawar, penyembuhan, atau pengurangan.
·         mengenalpasti Dosage/ kadar, RDA (recommended daily allowance) Habbatus Sauda’, dan ekstraknya yang boleh menyembuhkan penyakit.
·         mencari kaedah dan methodologi yang boleh digunapakai untukperubatan.
·         As-Sam (mati) Habbatus Sauda’ tidak dapat mengubati mati dan setiap kematian itu ada sebabnya. Oleh itu hendaklah difahami bahawa penyakit-penyakit yang ALLAH Ta’ala telah takdirkan untuk membawa sebab kepada kematian tidaklah dapat diubati lagi dengan Habbatus Sauda’. Dari sini kita boleh faham makna ’shifa min kulli da’ illa asSam’ ‘ penawar bagi segala penyakit kecuali mati’. Maka inilah adalah kebenaran atas kebenaran.
·         namun begitu tidaklah bermakna ikhtiar untuk mengubati penyakit itu perlu dihentikan kerana berusaha untuk berubat itu disuruh. Dan jika Habbatus Sauda’ itu tidak memberi kesan terhadap penyakit itu, maka besar kemungkinan ia termasuk salah satu dari penyakit yang akhirnya menjadi as-Sam, dan as-Sam itu akan datang samada lambat atau cepat .
·         merawat penyakit dengan Habbatus Sauda’ tidak bermakna meninggalkan kaedah-kaedah perubatan lain terutama perubatan moden. Malah dalam banyak kes, ia memperkuatkan dan menolong lagi kaedah-kaedah tersebut. Ia adalah lebih kepada

‘Complementary and complimentary’ sebagai penawar dipercayai Habbatus Sauda’ boleh:
·         menjadi penyembuh dengan kekuatan sendiri
·         menolong menjadi kesan ubat lain lebih kuat dan efektif
·         kombinasi dengan herba/ubat lain dapat menyembuhkan penyakit
·         menolong mengurangkan kesan sampingan ubat lain terutama ubat moden - atau therapy yang membawa kesan sampingan yang teruk seperti chemotherapy / radiotherapy.
·         mengurangkan penderitaan akibat penyakit
·         mempercepatkan penyembuhan dari kecederaan atau pembedahan.
·         menolong mencegah penyakit dari menjadi lebih teruk

Jika tiada apa-apa sebab sekalipun untuk mengambil Habbatus Sauda’ samada dari segi kesihatan dan masalah-masalah pun begitu digalakkan juga untuk mengambilHabbatus Sauda’ ini secara berterusan semata-mata kerana berkat hadith dan suruhan dari yang disayangi Rasulullah SAW .