Misi Produk

JOOOMM...Berhijrah Kepada Makanan Sunnah.! HIDUP SIHAT DAN BERTENAGA DENGAN SUNNAH!

Cubalah keberkesanan MINYAK DARA SAUDACARE kami yang diproses dari perahan pertama menggunakan ORGANIC COLD PRESS serta dikawal mutu pengeluarannya.

Didalam keadaan zaman dimana manusia mudah diserang pelbagai wabak sekarang, maka perlulah kita mengambil langkah pencegahan yang sesuai dimana cara paling mudah adalah dengan mengikut apa yang nabi kita s.a.w. anjurkan didalam hadisnya.

ALTERNATIF PENAWAR?

Berita Terkini dibawah dari Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1)|Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyebaran Virus H1N1 bukan makin berkurangan malah semakin bertambah. Adakah peristiwa pada 1918-1920 yang mengorbankan lebih berjuta orang akan berulang?

Seluruh dunia sebenarnya sedang mencari penawar untuk selsema babi ini. Negara-negara kuasa besar seperti USA, Britain dan Jepun telah mengerahkan saintis mereka untuk mengkaji jenis-jenis ubat untuk penawar penyakit ini.

Kita beruntung kerana sebagai orang Islam, kita mempunyai Nabi yang boleh kita percayai dengan kukuh dan sudah tentu apa sahaja yang dikatakannya adalah datang dari yang maha Esa dan sudah tentu kita mesti percayai dengan yakin dan boleh diguna pakai.

Ada banyak hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda dan yang paling masyhur ialah yang diriwayatkan dalam kitab Sahih al-Bukhari seperti yang bermaksud: "Sesungguhnya Habbatus Sauda ini adalah penawar segala penyakit kecuali kematian."

Mencegah lebih baik daripada merawat. Kenapa kita tidak bersedia dari sekarang? Berdasar kepada keyakinan Hadis Nabi ini insyaAllah pengamalan Minyak Dara Saudacare boleh menjadi penawar kepadaselsema babi kecuali bagi mereka yang memang telah ditakdirkan dijangkiti selsema babi. Cara pengamalan yang terbaik adalah dengan Basmallah, Selawat dan Niat dilindungi oleh Allah dari wabak penyakit. Insyallah dengan izin Allah kita dan keluarga akan dihindari dari wabak yang sangat menakutkan ini dan mendapat berkat kerana mengamalkanSunnah Nabi.

Minyak Dara Saudacare merupakan produk yang berasaskan Habbatus Sauda 100% yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang telah diperakui akan kebaikannya zaman-berzaman lamanya. Ianya juga adalah keluaran produk Muslim dari Malaysia.

Semenjak tahun 1959, lebih dari 200 kajian telah dijalankan oleh Universiti-universiti antarabangsa dan artikel-artikel diterbitkan dalam pelbagai journal menunjukkan hasil yang menakjubkan menyokong Habbatus Sauda’ telah digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 5000 tahun dahulu sebelum Masihi lagi. Ia disebut dalam kitab-kitab perubatan karangan Ibnu Sina(Avicenna), Al-Antiki, Ibnu Qayyim al-Jauziy dan Khatib Al-Baghdadi.

Sebagai Herba Tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu, Habbatus Sauda’ digunakan untuk mengatasi pebagai masalah dan keadaan dan peawatan yang bersangkutan dengan sistem pernafasan, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan hati, sistem darah, sistem pertahanan badan, dan memulihkan kesihatan am.


Berbagai kajian memberikan bukti bahawa Habbatus Sauda’ meningkatkan sistem pertahanan badan jika digunakan sepanjang waktu. Di negara-negara Timur Tengah dan Timur Jauh selama berabad-abad menggunakan Habbatus Sauda’untuk merawati penyakit ringan termasuk asthma dan bronchitis, rheumatism dan radang/inflammasi, meningkatkan produksi susu ibu selepas bersalin, merawat gangguan penghadaman, membantu menjaga sistem pertahanan badan, meningkatkan kemampuan penghadaman dan pembuangan, dan melawan penyakit jangkitan parasit. Minyaknya digunakan untuk penyakit kulit seperti eczema, dan atopic dermatitis, psoriasis dan jerawat.

Berikut adalah di antara kegunaan-kegunaan tradisi Habbatus Sauda’:-

  • Batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama
  • Resdung (sinusitis)
  • Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma.
  • Sakit jantung, darah gemuruh
  • Darah tinggi (hypertension)
  • Luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver)
  • Batu hempedu, batu karang. (gall bladder stone, calculus)
  • Sakit buah pinggang (renal problem)
  • Gout
  • Kencing manis (diabetis)
  • Luka-luka di dalam mulut
  • Sakit tengkuk
  • Tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau
  • Pedih di ulu hati
  • Gastric, luka-luka dalam perut (ulcer)
  • Buasir (hemorrhoid), masalah penghadaman.
  • Alahan dan gatal-gatal
  • Sakit gigi
  • Cacing, parasit
  • Migraine, masalah imsomia (tidak boleh tidur)
  • Selepas bersalin (menambah susu ibu)
  • Awet muda dan menegangkan kulit
  • Mencantikkan kulit, kuku
  • Masalah kesuburan perempuan
  • Senggugut
  • Masalah tenaga batin lelaki (urutan pada Zakar setiap hari)

Sungguh banyak manfaat kesihatan yang boleh didapati dari Habbutus Sauda’ ini sehingga tidak hairan apabila ia popular disebut “The Seed of Blessing”/ “Habbatul Barakah” , yang ertinya ” Biji-bijian yang mengandungi berkat


>

HERBA & KAJIAN



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam hadisnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”
(HR.Bukhari, Muslim)


Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.



MENURUT ILMUAN ISLAM
Ibnu Sina didalam bukunya Canon or Medicine menyatakan HABBATUS SAUDA merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan HABBATUS SAUDA berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

KAJIAN SAINTIFIK ANTARABANGSA
Ahli perubatan moden juga telah membuat kajian saintifik dan mendapati ianya merupakan sejenis antibiotic semulajadi cepat memberi kesan dan tidak menimbulkan sebarang kesan sampingan yang memudaratkan.Antara bahan-bahan kandungan HABBATUS SAUDA ialah fixed oil (saturated and unsaturated), minyak asas (strol, thymohydroquinone, carvone, ctmene)
Kajian 1986 dan 1993 (Drs. El kadi, kandil, Basil Ali), ia mempamerkan peningkatan nisbah sel-T Helper kepada sel-T Suppressor, serta peningkatan dalam aktiviti fungsi sel pembunuh asli. Ia boleh memainkan peranan penting dalam merawat pelbagai jenis penyakit yang di sebabkan kekurangan imun dalam badan.
Kajian 1997, ia meningkatkan 55% nisbah sel-T helper dan sel-T suppressor dengan purata sebanyak 30% aktiviti sel pembunuh asli (NK) AIDS.
Ia Kajian 1960 ( saintis badr-el-Din, Mahouz), melegakan tanda pengidap asma bronkus dan mengurangkan sesak nafas.
Kajian 1993 ( Nirmal Chakravarty M.D) , ia menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetuskan penghasilan histamine, ia juga mengurangkan kadar penyerapan kalsium dalam sel.
Kajian 1991 ( Pusat penyelidikan Amala, amala Nagar, Kerala, India), ia menghalang sepenuhnya perkembangan sejenis sel kanser Ehrlich Ascites carcinoma(EAC), 100% berkesan dalam menghalang perkembangan tumor sebanyak 50% bagi sel Dalton’s Lymphoma Ascites(DLA).
Kajian 1989 ( Journal farmasi Pakistan ), mempunyai sifat anti kulat minyak habatus sawda.
Kajian 1992 ( jabatan farmasi, Universiti Dhaka , Bangladesh ), ia terbukti berkesan terhadap banyak jenis bakteria
Kajian 1960( prof. El-Dakhakny), Habbatus sauda mempunyai kesan anti radang dan melegakan kesan-kesan arthritis.
Kajian 1995( saintis makmal Penyelidikan farmakologi, Jabatan farmasi, Kings college, London ), ia berkesan dalam merawat asma bronkus dan ekzema, ia merencatkan generasi eicosanoids dan mempamerkan aktiviti anti pengoksidaan dalam sel.
Dr Schleicher dalam kajiannya di Jerman menerangkan bahawa bahan-bahan dalam HABBATUS SAUDA seperti linoleic acid menstabilkan sel membrane dan prostaglandin mempunyai kesan mengawal inflammasi iaitu tindak balas immune sistem yang berlebihan sehingga menyebabkan masalah-masalah seperti jerawat, asthma, hay fever dan kemungkinan kanser.
Satu lagi kajian (pilot study) telah di buat di Charite University Hospital Berlin ke atas 152 pesakit. Di bawah seliaan Prof Dr Holger Kiesewetter 2 kapsul sauda di beri 3 kali sehari.Pesakit-pesakitnya menderita sakit allergic rhinitis, bronchial asthma, ectopic eczema. Dr Holger membuat kesimpulan bahawa sauda dapat memberi rawatan efektif kepada penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh alahan.