Misi Produk

JOOOMM...Berhijrah Kepada Makanan Sunnah.! HIDUP SIHAT DAN BERTENAGA DENGAN SUNNAH!

Cubalah keberkesanan MINYAK DARA SAUDACARE kami yang diproses dari perahan pertama menggunakan ORGANIC COLD PRESS serta dikawal mutu pengeluarannya.

Didalam keadaan zaman dimana manusia mudah diserang pelbagai wabak sekarang, maka perlulah kita mengambil langkah pencegahan yang sesuai dimana cara paling mudah adalah dengan mengikut apa yang nabi kita s.a.w. anjurkan didalam hadisnya.

ALTERNATIF PENAWAR?

Berita Terkini dibawah dari Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1)|Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyebaran Virus H1N1 bukan makin berkurangan malah semakin bertambah. Adakah peristiwa pada 1918-1920 yang mengorbankan lebih berjuta orang akan berulang?

Seluruh dunia sebenarnya sedang mencari penawar untuk selsema babi ini. Negara-negara kuasa besar seperti USA, Britain dan Jepun telah mengerahkan saintis mereka untuk mengkaji jenis-jenis ubat untuk penawar penyakit ini.

Kita beruntung kerana sebagai orang Islam, kita mempunyai Nabi yang boleh kita percayai dengan kukuh dan sudah tentu apa sahaja yang dikatakannya adalah datang dari yang maha Esa dan sudah tentu kita mesti percayai dengan yakin dan boleh diguna pakai.

Ada banyak hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda dan yang paling masyhur ialah yang diriwayatkan dalam kitab Sahih al-Bukhari seperti yang bermaksud: "Sesungguhnya Habbatus Sauda ini adalah penawar segala penyakit kecuali kematian."

Mencegah lebih baik daripada merawat. Kenapa kita tidak bersedia dari sekarang? Berdasar kepada keyakinan Hadis Nabi ini insyaAllah pengamalan Minyak Dara Saudacare boleh menjadi penawar kepadaselsema babi kecuali bagi mereka yang memang telah ditakdirkan dijangkiti selsema babi. Cara pengamalan yang terbaik adalah dengan Basmallah, Selawat dan Niat dilindungi oleh Allah dari wabak penyakit. Insyallah dengan izin Allah kita dan keluarga akan dihindari dari wabak yang sangat menakutkan ini dan mendapat berkat kerana mengamalkanSunnah Nabi.

Minyak Dara Saudacare merupakan produk yang berasaskan Habbatus Sauda 100% yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang telah diperakui akan kebaikannya zaman-berzaman lamanya. Ianya juga adalah keluaran produk Muslim dari Malaysia.

Semenjak tahun 1959, lebih dari 200 kajian telah dijalankan oleh Universiti-universiti antarabangsa dan artikel-artikel diterbitkan dalam pelbagai journal menunjukkan hasil yang menakjubkan menyokong Habbatus Sauda’ telah digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 5000 tahun dahulu sebelum Masihi lagi. Ia disebut dalam kitab-kitab perubatan karangan Ibnu Sina(Avicenna), Al-Antiki, Ibnu Qayyim al-Jauziy dan Khatib Al-Baghdadi.

Sebagai Herba Tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu, Habbatus Sauda’ digunakan untuk mengatasi pebagai masalah dan keadaan dan peawatan yang bersangkutan dengan sistem pernafasan, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan hati, sistem darah, sistem pertahanan badan, dan memulihkan kesihatan am.


Berbagai kajian memberikan bukti bahawa Habbatus Sauda’ meningkatkan sistem pertahanan badan jika digunakan sepanjang waktu. Di negara-negara Timur Tengah dan Timur Jauh selama berabad-abad menggunakan Habbatus Sauda’untuk merawati penyakit ringan termasuk asthma dan bronchitis, rheumatism dan radang/inflammasi, meningkatkan produksi susu ibu selepas bersalin, merawat gangguan penghadaman, membantu menjaga sistem pertahanan badan, meningkatkan kemampuan penghadaman dan pembuangan, dan melawan penyakit jangkitan parasit. Minyaknya digunakan untuk penyakit kulit seperti eczema, dan atopic dermatitis, psoriasis dan jerawat.

Berikut adalah di antara kegunaan-kegunaan tradisi Habbatus Sauda’:-

  • Batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama
  • Resdung (sinusitis)
  • Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma.
  • Sakit jantung, darah gemuruh
  • Darah tinggi (hypertension)
  • Luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver)
  • Batu hempedu, batu karang. (gall bladder stone, calculus)
  • Sakit buah pinggang (renal problem)
  • Gout
  • Kencing manis (diabetis)
  • Luka-luka di dalam mulut
  • Sakit tengkuk
  • Tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau
  • Pedih di ulu hati
  • Gastric, luka-luka dalam perut (ulcer)
  • Buasir (hemorrhoid), masalah penghadaman.
  • Alahan dan gatal-gatal
  • Sakit gigi
  • Cacing, parasit
  • Migraine, masalah imsomia (tidak boleh tidur)
  • Selepas bersalin (menambah susu ibu)
  • Awet muda dan menegangkan kulit
  • Mencantikkan kulit, kuku
  • Masalah kesuburan perempuan
  • Senggugut
  • Masalah tenaga batin lelaki (urutan pada Zakar setiap hari)

Sungguh banyak manfaat kesihatan yang boleh didapati dari Habbutus Sauda’ ini sehingga tidak hairan apabila ia popular disebut “The Seed of Blessing”/ “Habbatul Barakah” , yang ertinya ” Biji-bijian yang mengandungi berkat


>

CARA PENGGUNAAN



ANALISIS KE ATAS MINYAK ESSENTIAL SAUDACARE
Analisis telah menunjukkan bahawa Minyak Habbatus Sauda' mengandungi 0,5-1.5% essential oil. Ia mempunyai kesan holistic dengan baunya sahaja boleh mencetus pengluaran hormone dan bahan pembawa (messenger substance). Sebagai minyak ia dihadam masuk ke dalam salur limfa (lymphatic vessel) dalam usus, meresap ke dalam untuk membuka laluan dan membuang sumbatan (decongest) dalam kor sistem lymphatic.


KAEDAH PENGAMBILAN MINYAK SAUDACARE
·   LUARAN - bila disapu di luaran ia ada tindakbalas rubefacient ( membekas dan merangsang peredaran darah ditempat yang digosok) dan kesan bius tempatan lembut (local anaesthetic effect)
·   DALAMAN - bila diambil secara dalaman, ia menyebabkan rembesan saliva, menjadi expectorant (Mengeluarkan kahak, mucus dan hingus dari paru-paru, bronkus dan trachea), melegakan kembung dan angin, colic sakit perut dan kesan purgative (pengeluaran isi perut)
·   HIDUAN - Bila dihidu aromanya ia merembes cecair badan, dan melegakan salur nafas yang tersumbat (congestion of the bronchioles)

TINDAK BALAS HABBATUS SAUDA' KEMUNGKINAN SEBAB/PUNCA
Berikut adalah senarai beberapa tindak balas awal yang mungkin berlaku jika mula-mula mengambil Habbatus Sauda':
1.       Muntah (Masalah sistem penghadaman)
2.      Demam (Masalah usus kecil / besar)
3.      Najis berdarah (Masalah anus (lubang dubur) dan buasir)
4.      Cirit-birit (Masalah limpa / hati)
5.      Berpeluh (pengeluaran haba dalam badan)
6.      Sengal bahagian sendi (Masalah urat darah dan reaksi kelebihan asid uric)
7.      Sakit Pinggang (Masalah buah pinggang)
8.     Sakit tekak / kerongkong (Masalah paru-paru)
9.      Kencing berbau (Masalah buah pinggang)
10.  Kencing manis bertambah (Masalah hati dan pancreas)
11.   Pengeluaran haid berlebihan (Proses perubatan hormon dan masalah limpa)
12.  Bertambah selera makan (Proses perubatan kolestrol)
13.  Bengkak anggota badan (Masalah buah pinggang)
14.  Gatal hidung (Masalah resdung dan alahan)

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN IMMUNE SYSTEM
1.       Makan beberapa titis minyak atau 5-7 biji Habbatus Sauda' untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan secara berterusan.
2.      Jika mempunyai masalah yang lebih berat, maka disyorkan mengambil satu sudu teh (5ml) sebelum sarapan pagi.
3.      Selain dari itu sebagai alternatif Habbatus Sauda' boleh di ambil sebagai kapsul atau kapsul minyak Habbatus Sauda'. Dosage adalah mengikut saranan pengeluar. Salah satu penemuan awal dalam kajian ke atas Habbatus Sauda ialah keupayaannya meningkatkan sistem pertahanan badan.
“ Habbatus Sauda' memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus Sauda' memperkuat sistem pertahanan badan. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel ”.Dr. Stanley Kopok, University of Arizona, USA
Kesan pengambilan Habbatus Sauda' dengan nilai pemakanan dan nilai perubatannya, bukan sahaja ia membantu memulihkan keadaan semasa tetapi ia juga membantu tubuh membina daya ketahanan terhadap kemungkinan serangan penyakit.


KECERGASAN MINDA
Tenaga untuk mengulangkaji pelajaran
1.       Minum ½ sudu minyak Habbatus Sauda', atau campurkan dengan minuman panas.
2.      Menguatkan Ingatan/MEMORY IMPROVEMENT
3.      Satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' dicampur dengan 100 mg daun MINT yang direbus.
4.      Selain dari itu biji Habbatus Sauda' yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam minuman panas. Ia diminum ketika diperlukan.

KENCING MANIS / DIABETES
1.       Amalkan minum satu sudu teh (5ml) minyak Habbatus Sauda' sebelum sarapan pagi.
2.      Campurkan satu cawan biji water cress (Nasturtium microphyllum) dengan secawan Habbatus Sauda', setengah cawan kulit pomegranate, san setengah cawan fumitory (Fumaria officinalis). Hancurkan sehingga jadi tepung, ambil setengah sudu campuran itu dengan satu sudu (5ml) minyak dara Habbatus Sauda' setiap pagi sebelum sarapan selama sebulan.

Peringatan:
Sebarang kaedah rawatan kencing manis hendaklah diselaraskan dengan nasihat doktor. Pengetahuan tentang penyakit ini amat penting dalam mengawalnya.


Habbatus Sauda'
1.       Menolong mengurangkan rasa lesu dan lethargic pada pengidap kencing manis. Hidup akan menjadi lebih aktif dan bermaya.
2.      Menolong mengurangkan tahap gula dalam darah. Ada kes-kes di mananpengambilan Habbatus Sauda menyebabkan penurunan gula dalam darah dengan mendadak (hypoglycemia) tahap gula dalam darah yang rendah adalah amat merbahaya. Ia boleh menyebabkan pengsan dan fatality. Oleh sebab itulah pengambilan Habbatus Sauda' mestilah diselaraskan dengan rawatan konvensional.

Antara langkah yang mungkin perlu diambil ialah:
1.       Jangan makan Habbatus Sauda' jika perut kosong
2.      Mengurang atau menambah kuantiti pengambilan Habbatus Sauda' mengikut tahap gula dalam darah. Adalah penting untuk pengidap kencing manis untuk memantau tahap gula mereka di klinik atau hospital.nAlat-alat pembacaan tahap gula dalam darah boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.
3.      Mengikut nasihat doktor dalam pemakanan.
4.      Pengambilan Habbatus Sauda' juga boleh menolong mengurangkan kesan sampingan akibat kencing manis seperti kerosakan pada saraf hujung anggota badan (peripheral neuropathy), kerosakan kepada hati (liver), mata dan buah pinggang.
5.      Biasanya penyakit kencing manis akan diiringi oleh masalah-masalah kesihatan yang lain seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, dan sebagainya. Pengambilan Habbatus Sauda' dapat mengurangkan penderitaan pengidap penyakit ini.

Seorang yang mengidap diabetes tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang cukup untuk menggunakannya dengan efektif, sehingga menyebabkan tahap gula (glucose) dalam darah menjadi tinggi. Dengan peredaran masa, ketidakseimbangan ini akan menyebabkan sakit jantung, kerosakan saraf, sakit ginjal, hilang penglihatan dan lain-lain komplikasi.


Ada dua jenis diabetes:
Type 1:
Diabetes bergantung dengan insulin yang biasanya terjadi sebelum umur 30 tahun
·         Terjadi bila pankreas berhenti menghasilkan insulin.
·         Sebab-sebabnya tidak diketahui, berkemungkinan besar disebabkan oleh tindak balas auto-immun. Pengidap jenis ini mesti mengambil insulin sepanjang hidup mereka.
Type 2:
Diabetes tidak bergantung kepada insulin yang menjadi 90% dari keseluruhan kes-kes diabetes biasanya muncul selepas umur 45 tahun.
·         Terjadi apabila berlaku tentangan terhadap fungsi insulin.
·         Pankreas mengeluarkan secukupnya insulin tetapi sel-sel badan tidak bertindakbalas kepadanya.
·         Gemuk yang berlebihan adalah penyebab utama.
·         Faktor genetik / keturunan juga memainkan peranan utama.
·         Habbatus Sauda' adalah herba yang efektif untuk menurunkan tahap gula dalam darah.

Selain dari itu seorang pengidap diabetes hendaklah bersenam selalu, turunkan berat badan ia dapat menolong mengawal daibetes Makan makanan yang kurang gula dan lebih banyak fibre atau serat.


KANSER
Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.
·         Makan beberapa titis minyak atau biji HabbatusSauda' untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan.
Rawatan untuk Kanser:
Campurkan 1 kg minyak Habbatus Sauda' dengan 1 kg madu asli kemudian panaskan selama 15 minit, selepas itu campurkan ½ cawan jus lemon dan biarkan ia sejuk. Ambil 2 sudu teh campuran ini setiap pagi selama 3 minggu atau lebih.
Semasa rawatan Radiotherapi/chemotherapi
·         Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' setiap hari.
Mencegah Kanser
1.       Amalkan beberapa titis minyak atau 5-7 biji HabbatusSauda' untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan. Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' 2 sudu teh biji Habbatus Sauda' yang ditumbuk halus,1 sudu teh royal jelly, Panaskan sedikit minyak Habbatus Sauda dalam kuali, campurkan dengan biji yang telah ditumbuk halus, kemudian gaulkan dengan royal jelly dan angkat. Simpan ditempat yang sejuk.
2.      Ambil satu sudu teh campuran ini sebelum makan 3 kali sehari. Amal selama 6 minggu kemudian selepas itu kurangkan dos nya kepada 2 kali sehari.

Keupayaan Habbatus Sauda untuk melawan, mencegah dan merawat kanser telah dibuktikan dalam kajian saintifik. Untuk contoh-contoh kajian yang telah dijalankan, Di bawah ini adalah contoh kajian in vitro yang dibuat mengenai kanser payudara dan Habbatus Sauda':
1.       Farah, I.O., Begum, R.A. Effect of Nigella sativa (N. sativa L.) and oxidative stress on the survival pattern of MCF-7 breast cancer cells. Biomed Sci Instrum. 2003;39:359-64.;
2.      Farah, I.O., Assessment of Cellular Responses to Oxidative Stress using MCF-7 Breast Cancer Cells, Black Seed (N. Sativa L.) Extracts and H2O2. Int. J. Environ. Res. Public Health 2005, 2(3), 411-419 Pengkaji tersebut ialah Dr. Ibrahim O. Farah dari Department of Biology, Jackson State University, Jackson, MS 39217, USA
Berikut adalah rumusan pengkaji tersebut:
In conclusion, N. Sativa alone or in combination with oxidative stress was found to be effective (in vitro) in influencing the survival of MCF-7 breast cancer cells, unveiling promising opportunities in the field of cancer chemoprevention and/or treatment.

-“ Sebagai rumusan, Habbatus Sauda (Nigella sativa) sendiri atau kombinasi dengan oxidative stress …. Didapati berkesan… untuk mempengaruhi survival sel-sel kanser payudara…. Menyingkap satu peluang yang memberi harapan dalam bidang mencegah kanser… dan / atau rawatan.”
Dalam kajian tersebut ekstrak Habbatus Sauda' (menggunakan teknik ekstrak alcohol) telah dikenalpasti sebagai sangat berkesan membunuh sel-sel kanser payudara. Akhir sekali pengkaji tersebut telah mengesyorkan supaya kajian lebih mendalam dibuat dalam usaha membongkar rahsia bagaimana Habbatus Sauda berfungsi sebagai anti-kanser.